Everything I Do, I Do It For You

I'm here for...

Thursday, February 10, 2011

...Ada Apa Dengan 14 Feb...

As Salam.
14 Feb akan menjelang minggu depan. Seperti mana yang diketahui umum 14 Feb merupakan satu hari yang diingati umum. Hari ini mendapat jolokan Hari Kekasih ataupun Valentine’s Day. Ramai di kalangan umat Islam mutakhir ini terikut – ikut dalam mengigati hari tersebut. Namun sedarkah, sebagai umat Islam kita adalah HARAM mengingati mahupun terlibat dalam sambutan hari ini walau apa cara sekalipun. Kenapa?



Mari kita tengok potongan dari ayat di bawah.



“Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang di muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti prasangka belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah). (Surah Al-An’am : 116).



Mari kita lihat pula sejarah Hari Valentine;

Pada tarikh 14 Februari 270 M, St. Valentine (seorang paderi) dibunuh kerana perselisihan faham dengan penguasa Rom pada waktu itu iaitu Raja Claudius II (268 - 270 M). Untuk mengagungkan dia (St. Valentine), yang dianggap sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka para pengikutnya memperingati kematian St. Valentine sebagai 'upacara keagamaan'.


Tetapi sejak abad 16 M, 'upacara keagamaan' tersebut mulai beransur-ansur hilang dan berubah menjadi 'perayaan bukan keagamaan'. Hari Valentine kemudian dihubungkan dengan pesta jamuan kasih sayang bangsa Rom kuno yang disebut “Supercalis” yang jatuh pada tanggal 15 Februari.

Setelah orang-orang Rom itu masuk agama Nasrani (Kristian), pesta 'supercalis' kemudian dikaitkan dengan upacara kematian St. Valentine. Penerimaan upacara kematian St. Valentine sebagai 'hari kasih sayang' juga dikaitkan dengan kepercayaan orang Eropah bahwa waktu 'kasih sayang' itu mulai bersemi 'bagai burung jantan dan betina' pada tanggal 14 Februari.





Dalam bahasa Perancis Normandia, pada abad pertengahan terdapat kata “Galentine” yang bererti 'galant atau cinta'. Persamaan bunyi antara galentine dan valentine menyebabkan orang berfikir bahwa sebaiknya para pemuda dalam mencari pasangan hidupnya pada tanggal 14 Februari.



Selari dengan perkembangan zaman, ingatan terhadap St. Valentino mungkin akan terus terpesong jauh pengertiannya.

Manusia pada zaman sekarang tidak lagi mengetahui dengan jelas asal usul hari Valentine. Di mana pada zaman sekarang ini orang mengenal Valentine melalui greeting card, pesta persaudaraan, bertukar hadiah, di promosi pusat membeli belah dan sebagainya tanpa ingin mengetahui latar belakang sejarahnya lebih dari beribu tahun yang lalu.



Dari sini dapat diambil kesimpulan bahawa hal ini hanyalah tidak lebih bercorak kepercayaan atau animisme belaka yang berusaha merosak akidah muslim dan muslimah sekaligus memperkenalkan gaya hidup barat dengan bertopengkan nama cinta, perjodohan dan kasih sayang.



Jadi, sebagai seorang Islam, kita sepatutnya tidak main redah je dalam menjalani kehidupan harian. Renungi lah ayat - ayat di bawah ini.



“ Dan janganlah kamu megikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan, dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggung jawabnya”. (Surah Al-Isra : 36).



“Barangsiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka sekali-sekali tidaklah diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi”. (Surah Al-Imran : 85)



Hadis nabi SAW:

Barang siapa yang meniru atau mengikuti suatu kaum (agama) maka dia termasuk kaum (agama) itu.



Jadi amat jelas di sini, Valentine’s Day HARAM disambut umat Islam kerana ianya berakar umbi daripada sebuah upacara perayaan agama lain.



Berkasih sayang adalah tidak salah dalam Islam. Ianya memang satu perkara mulia yang dituntut dan bukan hanya eksklusif untuk satu hari sahaja. Jadi apa yang terjadi selepas hari itu, boleh berbunuhan ke?



Umat Islam di Malaysia akan menyambut Maulidur Rasul pada 15 Feb 2011, iaitu sehari selepas 'perayaan mengarut orang Yahudi’ tersebut.

Tetapi malangnya, ramai umat Islam yang tak tahu mengenai 15 Feb tetapi ingat akan 14 Feb.

Saya tidak pelik jika kes pembuangan bayi akan menjadi banyak berlaku di bulan Oktober, September nanti. Ini kerana pada malam 14 Feb nanti, ramai yang hanyut dalam ‘dakapan asmara’. Ramai yang mengambil kesempatan untuk berzina pada malam tersebut untuk kononnya membuktikan cinta dan mengambil kesempatan kerana hari berikutnya adalah cuti umum kerana Maulidur Rasul.

0 comments: