I'm here for...

Friday, August 12, 2011

Kesian





Dramatik sangat kan pic hiasan tu! hee Nak story sikit pasal adik iolls a.k.a Danial.. Tragis+Sadis! Suka buat kami terkezut! Kami dapat phone call dari ustazah sekolah mengatakan bahawa kepala adik i BERDARAH!! Terhantuk kat bucu katanya! Jantung hampir 'copot' mendengarnya! Tak pernah occay perkara sebegitu rupa terjadi.. Apa lagi kan. Terperanjat la mama! Eh bukan mama je occay! I pun sama... Huihh Tak terkata! Bersiap ala kadar and terus pecut ke sekolah! Bawa kereta pun 'zup zap zup zap' occay!



Setibanya di sekolah, kami terus menuju ke kelas.. Kesian tengok adik i yang menahan rasa sakit! Darah masih mengalir! Ya ampun! Takut mak tengok nyah! Baju pun ada darah.. Cobaan tol bulan puasa ni. Sempat juga tanya dia dalam kereta macam mana boleh jadi camni.. Mana la tau dia injured sebab main dalam kelas kew kan.. Tapi alhamdulillah.. Alasan cedera amat menyejukkan hati.. heee ;) Terhantuk kat bucu almari belah atas masa nak letak Al-Quran kat rak surau! OMG! Semangat tau sampai terhantuk bagai.. Dari sekolah kami terus bawa dia ke klinik! Yelakan.. Takut jugak bila tengok kepala dah berdarah camtu. Alhamdulillah... Doc cakap tak ada apa2.. Doc bagi a few ubat sapu and makan.. Gigih tau adik iolls dah injured pun still nak puasa! Eh tapi tu before sampai klinik la. Lepas kluar dari klinik terus minta air! Nasib la i ada spare dalam kereta. Sampai muntah2. Yela.. Adik i ni xboleh tengok darah! Mula la sindrom 'fening' dia.. Haha Camana nak jadi doktor niw dik oii??? Tapi syukur la xda apa2 yang serius..



p/s: Lain kali berhati-hati ye kat sekolah tu.. Malang tak berbau.. :)

0 comments: