Everything I Do, I Do It For You

I'm here for...

Monday, February 21, 2011

..MiNdA +Ve..

Berkesempatan untuk menonton program MHI hari ni.. Kebetulan ada segmen motivasi. Ditambah pula dengan penampilan istimewa Prof. Muhaya.. Siapa yang tak kenal dengan Prof. Muhaya kan.. Beliau mengendalikan program Dari Mata Ke Hati di saluran ASTRO! Setiap kata yang diucapkan mampu membuatkan kita terpukau! Aura +ve nya mampu menjadikan org disekeliling turut menjadi +ve! Tertarik dengan kata-kata yang beliau ucapkan tadi.. Untuk menjadi orang yang berjaya kita harus mempunyai minda yang +ve! Segala yang kita lakukan bermula dari minda! Minda juga menentukan emosi seseorang.. Kita tidak akan berjaya jika gagal untuk mengawal emosi! Selain emosi minda juga menetukan perbuatan, tindakan, dan keputusan yang kita buat.. Bayangkan apa akan jadi bila minda menghantar isyarat -ve dalam diri.. Pasti kita tidak dapat hasil yang baik! Apa yang kita capai hari ni adalah keputusan yang kita buat 5-10 tahun lepas! Perkataan yang kita ucapkan amatlah penting! Jangan sesekali menyebut perkara yang tidak baik.. Ingatlah bahawa apa yang kita ucapkan merupakan doa.. Jadi untuk berjaya di masa hadapan, kita harus bijak membuat keputusan hari ini..Untuk berjaya, mental harus kuat.. Fizikal juga harus sihat! Ianya dapat melancarkan segala aktiviti harian kita.. Ramai yang sanggup membelanjakan RM dengan membeli barangan berjenama.. Apa salahnya jika kita keluarkan sedikit RM untuk tujuan penjagaan kesihatan diri dan keluarga.. Pastinya tidak akan rugi apa-apa.. Hubungan sesama manusia juga harus dijaga.. Jangan suka mengadili orang.. Always remember when we judge others,others will judge you.. What you give you will get back! Sentiasa berbuat baik pada orang.. Insyaallah akan ada yang baik buat kita kelak! Jangan sesekali menyalahkan diri sendiri dan orang lain.. Harus belajar menerima hakikat.. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.. We don't lean from experience! We learn from it! Semua orang pasti ingin berjaya dalam hidup.. Haruslah cekal mengharungi segala dugaan walau sesukar mana pun ia! Entry kali ni adalah untuk renungan kita bersama... Tidak bertujuan untuk berlagak pandai.. Di antara kita tiada yang sempurna.. Tidak lari dari melakukan kesilapan.. Jadikanlah ia sebagai panduan untuk menuju ke arah yang lebih baik..Diri kita hari ini harus lebih baik dari semalam..Insyaallah...:)

0 comments: