I'm here for...

Monday, February 28, 2011

..Roti Bawean..

Saja take this advantage utk share w/ uolls resepi turun temurun niw! Hahh! Penah makan x?? Fuhhh sangat sedapp occay! Sehingga menjilat jari! Dah alang2 mama type resepi utk kwn dia, I pun apa lagi, copy paste la kan... wink ;) Uolls should try this! Sorry xda pic yang dapat ditayangkan! Insyaallah kalau ada kesempatan, akan dishare camana Roti Telur Bawean niw! Mengikut cerita yang disampaikan mama n arwah nenek dulu, Roti Bawean niw berasal dari Indonesia.. Specificnya di Pulau Bawean... So apa tunggu lagi???? Cuba la...;)

BAHAN-BAHAN INTI

1) UBI KENTANG - 2 KG
2) UDANG KERING - RM10-00
3) TELUR - 2 BIJI
4) BAWANG BESAR - 3 ULAS
5) DAUN SUP
6) DAUN BAWANG
7) SECUBIT GARAM

CARA-CARA PENYEDIAAN INTI

1) UBI KENTANG DIKUPAS KULITNYA DAN DIREBUS SEHINGGA EMPUK.(MASUKKAN SEDIKIT GARAM DALAM AIR REBUSAN).
2) UDANG KERING DIRENDAM DAN DITUMBUK
3) BAWANG BESAR DIHIRIS
4) DAUN SUP DAN DAUN BAWANG DIMAYANG

LANGKAH-LANGKAH MENYEDIAKAN INTI

1) UBI KENTANG YANG TELAH EMPUK HENDAKLAH DILECEK.
2) MASUKKAN UDANG KERING YANG TELAH DITUMBUK, BAWANG BESAR YANG TELAH DIHIRIS, DAUN SUP DAN DAUN BAWANG YANG TELAH DIMAYANG KEDALAM MANGKUK YANG BERISI UBI KENTANG YANG TELAH DILECEK.
3) MASUKKAN 2 BIJI TELUR KE DALAM ADUNAN UBI KENTANG.
4) MASUKKAN GARAM SECUKUP RASA .

BAHAN-BAHAN MEMBUAT ROTI

1) TEPUNG GANDUM
2) SECUBIT GARAM
3) AIR PANAS/AIR SUAM
4) MINYAK MASAK

LANGKAH-LANGKAH MEMBUAT ROTI

1) MASUKKAN SEDIKIT GARAM KE DALAM AIR PANAS/AIR SUAM .
2) MASUKKAN AIR PANAS/AIR SUAM SEDIKIT DEMI SEDIKIT KE DALAM TEPUNG GANDUM DAN ULI SEHINGGA MENJADI DOH .
3) MASUKKAN SEDIKIT MINYAK MASAK KE DALAM DOH TADI DAN ULI SEHINGGA LEMBUT .
4) CANAIKAN ROTI BERBENTUK BULAT UNTUK DIJADIKAN LAPISAN ATAS (LAPISAN KEDUA) DAN LAPISAN BAWAH (LAPISAN PERTAMA) .
5) MASUKKAN INTI KENTANG KE ATAS LAPISAN ROTI PERTAMA (LAPISAN BAWAH).
6) KEMUDIAN LAPISKAN DENGAN LAPISAN ROTI KEDUA (LAPISAN ATAS) .
7) PINTAL KELILING ROTI SEPERTI KARIPAP .

CARA-CARA MENGGORENG ROTI

1) GORENG ROTI TANPA MINYAK SEHINGGA KEKUNINGAN DENGAN API PERLAHAN
2) KEMUDIAN MASUKKAN SEDIKIT MINYAK MASAK DAN GORENG ROTI SEHINGGA MASAK
3) SEDIA UNTUK DIHIDANG

::SeLaMaT mEnCuBa! PaStI sEdAp……… :) ::

0 comments: